Seorang wanita mencuri tumpuan ramai selepas berjaya menabung kira-kira RM6,000 selepas enam tahun menyimpan dalam tabung tembikar.
Rakaman wanita itu memecahkan tabungnya jadi tular selepas ia dikongsi seorang pengguna Facebook, Fadzlu Fann.
Apa yang membuatkan ramai teruja, tabung berkenaan dipenuhi dengan wang kertas RM50 dan RM100 yang difahamkan dikumpulkan hasil titik peluhnya berniaga secara dalam talian termasuk program affiliate.
Menurut Fadzli, wanita itu hanya mengeluarkan tabungnya ketika berdepan kesempitan hidup dan sepanjang tempoh enam tahun tersebut, dia tidak pernah menyentuh simpanan berkenaan walaupun sekali.
“Akak ini keluarkan tabungnya di saat-saat hari kesempitannya. Lihat geng betapa banyaknya wang yang dikeluarkan daripada tabungan ini.
“Selama enam tahun, baru kali ini dia keluarkan semuanya. Tapi memang puas hati geng, banyak itu.
“Selama enam tahun sahaja, tak pasti dalam sehari berapa puluh atau berapa ratus dia simpan. Ini gaji daripada hasil berjualan seperti affialate, semua ditabungkan dalam ini. Siapa pernah buat begini, memang hebat.
“Berkepuk semua. Tak sia-sia menabung selama enam tahun. Ini kalau abang, memang tidaklah. Akan sering keluarkan, sedangkan syiling pun selalu dikeluarkan. Tapi memang mantap, boleh tiru cara akak ini,” katanya dalam video itu.
Perkara itu nyata mendapat perhatian ramai di media sosial, ada yang menganggap ia satu contoh baik untuk diikuti kerana menabung secara tradisional masih mampu mendisiplinkan diri tanpa perlu bergantung kepada sistem bank.
Namun, tidak kurang juga apabil sebahagian warganet tampil memberikan nasihat agar wang simpanan dalam jumlah besar sebaiknya dilaburkan dalam bentuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau emas bagi menjana keuntungan lebih tinggi.
Baca juga: Tukar emas kepada tunai guna mesin ATM sahaja sekarang