“Hati-hati masuk kedai yang ada pelaris ni, mata kasar kita tak nampak” , ini cara nak tahu

Oleh KIM SYAZIE

Walaupun dunia sudah semakin moden, masih ada lagi manusia dengki yang menggunakan amalan syirik untuk melariskan perniagaan atau kedai mereka.

Golongan ini tidak percaya dengan rezeki yang tuhan bagi hingga minta pertolongan dari makhluk ghaib demi menaikkan perniagaan sendiri.

Seorang pengamal rawatan Islam, Ustazah Nazirah Abd Rahim berkongsi sedikit pendedahan mengenai kisah jin pelaris di kedai makan baru-baru ini.

Di bawah adalah perkongsian Ustazah Nazirah yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Ustazah nak makan di kedai. Kedai bukan sebarang-sebarang kedai boleh masuk. Suami akan tanya, “Kedai ni tak ok sayang,”

Jika tak ok ustazah akan jawab “Kita pergi kedai lain,”. Perawat dijaga Allah amalannya semua sudut.

Hati-hati masuk kedai makan. Amalan-amalan khurafat banyak diamalkan. Bila kita makan, makanan tu ada ‘najis’ pelaris yang digunakan dari amalan syirik jin.

Mata kasar kita tak nampak. Pelbagai makhluk buruk di atas meja (nauzubillah) meletakkan ‘najis pelaris’. Allahuakbar.

Makhluk itu dipanggil jin peludah kerana sebelum itu ia akan meludah kepada sesuatu makanan itu sebelum disajikan kepada pelanggan, agar pelanggan akan berasa ketagih untuk kembali datang ke kedai makan itu.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang jin peludah turut menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan yang mana proses ini dikatakan memberi tambahan perasa kepada makanan yang ingin disajikan. Allahuakbar.

Pelanggan yang makan akan menjadi sakit dan tak sihat lepas itu. Ada pelbagai simptom. Ada yang muntah-muntah, ada yang demam dan sakit berpanjangan. Anak-anak pula akan jadi makin degil dan meragam saja.

Hati-hati, asasnya hati orang beriman akan tidak tertarik makan di kedai-kedai yang ada perkara khurafat.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maknanya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

(Riwayat Imam Ahmad (3,615), Abu Daud (3,883) & Ibnu Majah (3,550))

Imam al-Munawi berkata:

“Menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah.”

Al-Tibi pula berkata:

“Maksud syirik pada hadis di atas adalah apabila seseorang meyakini bahawa ia (jampi, tangkal dan tiwalah) mempunyai kekuatan dan mampu memberi kesan (dalam mempengaruhi/mengubah sesuatu) dan perkara tersebut adalah jelas bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

(Lihat Faidh al-Qadir, 6/121).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maknanya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya daripada tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20,090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7,501) dan Ibn Hibban (6,096))

Berhati-hati dan sebaiknya mohon perlindungan Allah daripada masuk ke kedai-kedai yang memakai pelaris khurafat.

Sebarkan dan jemput amalkan.

Minta bantuan jin untuk lariskan kedai tu dah satu hal, ada juga yang hantar ‘makhluk halus’ untuk jatuh perniagaan orang lain pula.

Baca juga: Kucing buat hal panjat badan imam tarawih, reaksi imam pula buat ramai terpegun