Tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah motosikal milik cawangan Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).
Anggota polis trafik itu dikatakan memarkir motosikal di tempat letak kenderaan OKU di sekitar Apartmen Flora Damansara. Kejadian dilapor berlaku dua bulan lalu.
Dalam rakaman itu seorang pengawal keselamatan yang bertindak mengunci tayar hadapan motosikal tersebut mendapat pujian ramai.
Rata-rata netizen puas hati melihat keberanian “pak guard” tersebut yang menjalankan kerja dan tanggungjawab dengan jujur.
Mereka juga mengecam anggota trafik yang tidak menunjukkan contoh baik sebagai pegawai penguatkuasa.
“Malunya pihak berkuasa sendiri tak tunjuk contoh yang baik. Hahahaha puas hati aku tengok motor dia kena ‘claim,” komen pengguna Twitter.
Dalam perkembangan sama, polis dilaporkan telah mengambil tindakan saman terhadap anggota terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan sebuah hantaran tular berhubung kejadian berkenaan di Twitter.
Tambah beliau, tindakan saman telah dikeluarkan kepada anggota polis yang menunggang motosikal berkenaan.
Baca juga: Hilang selepas tamat PKP, apa dah jadi dengan Sugu Pavithra?