Hilang selepas tamat PKP, apa dah jadi dengan Sugu Pavithra?

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai teringat akan sensasi Youtuber, S. Pavithra semasa semua terkurung dalam rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pavithra yang sering tampil dengan resipi mudah untuk memasak menjadi tumpuan ramai terutamanya para suri rumah yang mahukan kelainan dalam masakan.

Mempunyai lebih 800k subscriber di Youtube, Sugu Pavithra, dengan 100 video dimuat naik dan video terakhir adalah pada tahun lepas.

Kini persoalan di manakah Pavithra menjadi buah mulut netizen yang merindui kandungan-kandungan masakan daripada beliau.

Sebahagian netizen percaya bahawa kejayaan yang dikecapi olehnya sebenarnya diganggu oleh suami yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas ditahan polis.

Sebahagian netizen pula merasakan bahawa Sugu tidak mempunyai perancangan yang jelas selepas mendadak popular secara tiba-tiba.

Malah pernah tular mengenai kisah keluarga ini yang terpalit dengan kontroversi selepas suaminya M. Sugu didakwa memukul isterinya Pavithra.

Pergaduhan dilaporkan terjadi disebabkan suaminya yang berang kerana namanya tidak disebut semasa Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Selepas kontroversi tersebut, keluarga kecil ini memilih untuk menjauhkan diri daripada saluran tersebut.

Tidak mahu tumpuan ke arah mereka, Pavithra dan suami memilih untuk memadam semua video terdahulu agar tidak menjadi tumpuan media dan orang ramai.

Baca juga: Raih untung lebih RM1 juta, 2 lelaki jadi jutawan lepas jual udara segar dalam botol