Heboh puluhan kain kafan terkeluar akibat tanah runtuh

Oleh ARIF ATAN

Heboh di media sosial apabila tersebar klip video menunjukkan puluhan kubur terjejas akibat tanah runtuh.

Kejadian itu mengakibatkan sejumlah kain kafan dari mayat yang telah dikebumikan terkeluar di kawasan Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Cicendo, Kota Bandung.

Sebelum itu, hujan lebat di kawasan Kota Bandung dan kawasan perkuburan tersebut berlaku selama lebih sejam.

Ekoran tanah runtuh di kawasan perkuburan itu, terdapat 25 kubur dikenal pasti terjejas dengan tujuh daripada pusara itu rosak teruk.

Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Perkhidmatan Perancangan Ruang Kota Bandung, Saeful Iman berkata, tujuh kubur terbabit akan dipindahkan ke tempat yang sesuai.

“Kita pastikan tiada mayat dihanyutkan, hanya ada tiga kubur yang nampak bahagian mayatnya kerana tanah sudah terhakis,” lapor Merdeka.com.

Baca Artikel Penuh