Ketika ramai memilih untuk mengambil suntikan agar tidak terlihat tua, masih ada yang memilih untuk kekalkan wajah seiring usia.
Segala kedutan boleh dihilangkan dengan teknik solekan yang betul, tapi tidaklah sampai setiap hari nak bersolek.
Siapa sahaja tidak mengenali Zahnita Wilson, seorang model yang sangat terkenal pada awal 2000an, ditambah pula wajahnya sering dilihat di papan iklan Jakel.
Zahnita Dorothy Hussein Wilson juga pernah muncul sebagai pelakon dalam kuliah cinta disamping pelakon Erra Fazira dan Yusry Abdul Halim.
Namanya kembali tular selepas memuat naik hantaran di Instagram mengenai pengikutnya berkurangan.
Ia adalah disebabkan model tersebut memuat naik video tanpa make up bersama anaknya hingga dipersoal ramai kerana wajah terlihat tua.
“Pengikur berkurang hampir beratus lepas hantaran terakhir. Hahaha boleh bayangkan kalau saya biarkan semua ‘komen’ tapi terima kasih untuk komen lain.
“Ok mak dah sikat rambut, letak bedak sikit, ada lipstick pink lihat pulay filem Barbie,” ujarnya dalam kapsyen hantaran di Instagram.

Rata-rata warganet memuji model tersebut yang tidak kisah menunjukkan wajahnya tanpa makeup, malah sedar artis juga menua seperi orang biasa.
“Dia sangat cantik, luar dan dalam. Jadi kekalkan sahaja apa yang ada sekarang. Dulu cantik, sekarang pun cantik. Anak leih daripada dua tapi badan masih kekal ramping.
“Muka Zahnita unik, tak bersolek dah cantik, kalau bersolek tambah lagi cantik. Tengok rahang dia cantik.
“Zahnita, saya tak kisah bagaimana rupa awak, saya tetap suka awak. Saya suka bagaimana anda menghadapi kehidupan yang nyata dan tiada kepura-puraan,” antara komen warganet.
Ada sahaja yang nak dikecam rakyat Malaysia ini, selah-olah muka mereka tidak berkedut bila tua kelak.
Baca juga: ‘Makan dulu, lepas meninggal baru bayar’ – Restoran tawarkan ‘pakej’ paling unik kepada pelanggan