Hujan berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor – MetMalaysia

Oleh MALAYSIADATELINE

Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada 11.55 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga tarikh yang sama di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Baca Artikel Penuh