Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka landa Pantai Timur

Oleh MALAYSIADATELINE

Hujan berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu. 

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Baca Artikel Penuh