Ibu menangis tak dapat tuntut bantuan awal persekolahan, rupanya bekas suami dah claim lebih awal

Oleh KIM SYAZIE

Minggu ini perihal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menjadi kata kunci yang trending di sosial media sehingga diperkatakan ramai.

Dalam banyak-banyak hantaran dibuat orang ramai, ada kisah sedih dikongsikan seorang pengguna media sosial mengenai bantuan awal persekolahan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh murid sekolah.

Menurut cerita seorang pengguna Threads, seorang ibu dikatakan menangis apabila gagal membuat tuntutan kerana rekod menunjukkan bantuan itu sudah diambil lebih awal oleh bekas suaminya.

“Jadi ceritanya, ada seorang mak murid ini nak buat tuntutan tapi tak dapat sebab dalam rekod, dah claim! Rupanya bapa murid itu dah datang lagi awal dan ambil.

“Menangis mak tu sambil cerita yang dia dah berpisah, bapa itu tak jaga pun anak mereka,” tulisnya.

Dia menambah, kejadian itu jelas menunjukkan betapa pentingnya bantuan seperti MyKasih tidak diberikan dalam bentuk tunai, sebaliknya melalui saluran yang lebih terkawal. 

“Ia adalah tentang kawalan, macam mana sumbangan ini dapat capai objektifnya,” ujar individu tersebut.

Baca juga: Wanita terkejut kereta jadi ‘kanvas’, budak selamba conteng masa mak bapa tengah sibuk