Bagi yang tak biasa membeli di pasar malam mesti tak tahu bahawa harga makanan seperti sayuran dan buah-buahan adalah lebih mahal berbanding pasar raya.
Meskipun tahu harga mahal tapi ada yang tak menjangka kos membeli sayuran boleh melebihi RM50.
Seorang pengguna TikTok, @mbokjem89 mengakui terkejut apabila kesemua sayuran dibeli walaupun nampak sedikit itu sebenarnya mahal.
“Tak pernah beli sayur dekat pasar malam, sekali akak (peniaga) tu kenakan caj RM51. Dia bagi percuma kacang panjang.
“Memang harga dekat pasar mahal ke? Macam dah kena scam aku,” ujarnya dalam hantaran di TikTok.
Rata-rata netizen berkongsi kisah sama dan kebanyakan lebih suka membeli sayuran diletak atas pinggan berbanding dengan kaedah timbang.
“Saya beli dekat pasar malam ada harga satu pinggan RM2, tiga pinggan RM5. Jimat banyak, kalau boleh elak yang timbang, memang mahal.
“Hari tu beli sayur kat pasar tani. Beli tiga biji timun jepun( RM10) dan lada hidup sebungkus (RM5) RM14 weh. Biasanya sayur beli kat pasar raya, time tu sibuk sangat jadi terpaksa beli.
“Dekat tempat aku pun sama, beli lobak merah dua, bunga kobis sekuntum pun kena bayar RM28, terus tak lalu nak buat tomyam.
“Sekarang dah tak beli sayur kat pasar malam, baik pergi pasar raya, murah nak dibandingkan dengan pasar,” antara komen netizen.
Baca juga: Wanita ajar cara suburkan limau kasturi guna susu kultur, tak sangka air ini boleh jadi baja