Isteri kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meninggal dunia malam tadi.
Allahyarhamah Datin Seri Norihan Ayob, 51, menghembus nafas terakhir di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur pada jam 10.10 malam lapor MalaysiaGazette.
Jumaat lalu, isteri kepada bekas timbalan Menteri Pertahanan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital untuk pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.
Bagaimanapun, keadaannya dikatakan agak kritikal selepas pembedahan itu selesai.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Melawati dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak.
Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Hasil perkongsian hidup dengan Ikmal Hisham, beliau dikurniakan tiga anak perempuan.
Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah sangat aktif dengan beberapa badan NGO dan banyak menumpukan kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Parlimen Tanah Merah.
Baca juga: Dah isi borang keahlian, Annuar Musa bakal sertai PAS?