1. Maaf, saya sambung sikit ya story Hari Kedua banjir besaq di Sepang.
Bila team kami melihat dan mendapati terlalu ketara kekurangan alat- alat penyelamatan dalam bentuk perahu dan boat penyelamat bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap, timbul idea untuk kami membeli “inflatable boat”/ kayak bagi membantu serba sedikit kerja-kerja penyelamatan-jika boleh. Lalu, kami ke Sri Kembangan.
Sejak dari awal, pendirian kami dalam musibah spt banjir ini hero sebenaq dalam kerja-kerja penyelamatan di medan adalah pasukan bomba dan agensi-agensi penyelamat profesional yang lain. Bukan ahli politik.
Kami -khususnya ahli politik- hanya ibarat ” pelakon tambahan” sahaja.
2. Alhamdulillah team kami berjaya mendapatkan tiga inflatable boat untuk tujuan membantu serba sedikit kerja-kerja penyelamatan mangsa atau barangan mangsa. Masalah kami adalah team kami tidak memiliki jacket penyelamat yang mencukupi. Terpaksa kena pinjam.Oleh itu hanya dua orang sahaja -dari team kami-yang telah dibenarkan oleh pihak bomba untuk membantu kerja-kerja menyelamat. Alhamdulillah kami akur arahan depa.
Pada masa itu, hari semakin gelap kerana malam mula berkunjung. Pekan Dengkil semakin gelap gulita kerana bekalan letrik telah terputus.Line telefon juga begitu lemah. Oleh itu kerja-kerja penyelamatan tidak boleh dilakukan di waktu malam. Amat berisiko tinggi.
Malam itu bila sampai di rumah,selepas solat maghrib, saya terus tertidoq.Keletihan.Saya hanya solat isya’ jam 1am.
Hari Ketiga
3. Sebelum ke Sepang di hari ketiga, saya perlu ke Parlimen terlebih dahulu. Persidangan Parlimen ditambah sehari lagi kerana Gomen Tebuk Atap asalnya nak pi bentang sebuah Ruu iaitu RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( pindaan ) 2021.
Saya sampai di Dewan Rakyat dalam 10.30 am. Pagi tu,sebelum YB Menteri Kesihatan nak pi bentang bacaan kali kedua RUU itu,ada beberapa MP PH++ yang bangun dan minta tok speaka benaqkan dewan bahas isu tergempaq-isu banjir yang luaq biasa itu. Malangnya tok speaka tak benaqkan. Frust habis.
4. Jujurnya, saya naik angin betui bila dia habaq dewan tak boleh bahas isu banjir tu sebab tak ada sebarang usul dan isu itu tidak ada dlm agenda mesyuarat. Ini isu tergempaq lah..
Kena lah ada leeway atau latitude sikit orang putih habaq.
Dont be too literalist ma!
Any oral motion ,in special circumstances, ought to be tolerated.
Dia- tok speaka- habaq kat kami semua yang kami kena ikut peraturan ..tak boleh bahas isu banjir sebab jika bahas maknanya langgaq peraturan.
Saya bangun dan habaq ” tak payah nak sebut fasal peraturan lah.( rule is supposed to facilitate not frustrate ). Masa tebuk atap dulu ikut peraturan sgt ke ? Dah ada rakyat yang mati and people are dying you know!”
Saya juga habaq ” Tuan Speaker tahu apa? Tuan Speaker mana ada kawasan ( parlimen )!!!
Dipendekkan cerita, wakil RAKYAT tak boleh bahas isu kesusahan RAKYAT yang dilanda banjir besaq dalam Dewan RAKYAT!!!
RUU itu pun akhirnya YB Menteri tak jadi bentang pun. Kan baguih jika boleh bahas isu banjir.
5. Bila sidang parlimen ditangguhkan,saya bergegas balik ke rumah, tukaq pakaian dan teruih ke Sepang.
Bersambung inshaAllah…