Sudah lama tidak muncul dengan karya lakonan terbaharu, sosok pelakon, Izara Aishah masih lagi berjaya menarik tumpuan rakyat Malaysia.
Terjun ke dunia perniagaan, Izara kini sudah bergelar usahawan berjaya yang mengeluarkan koleksi tudung dan pakaian khusus buat wanita muslimah.
Menyita perhatian, pelakon yang berusia 31 tahun itu sering berkongsi tutorial memakai tudung keluarannya di media sosial.
Mencuit hati, tingkah wanita itu yang sering mengeluarkan ‘punchline’ dengan mimik muka bersahaja telah berjaya menghiburkan hati peminat.
Tular di media sosial, Izara baru-baru ini telah berkongsi satu tutorial baharu menerusi siaran langsung di akaun TikToknya.
Menerusi rakaman yang dimuat naik semula oleh peminat, Izara sempat berseloroh agar penonton mengenakan anak tudung dengan kemas.
Kerana menurutnya, jika tidak disarungkan dengan betul, penonton akan terlihat seperti makhluk siri dongeng yang tinggal di dalam gua, iaitu ‘dwarf’.
Mendapat tontonan oleh hampir 1 juta pengguna TikTok, rata-rata penonton akui terhibur dengan video tutorial kongsian Izara itu.
“Tak dapat nak bertenang setiap kali tengok siaran langsung dia. Asyik gelak tak berhenti,” komen salah seorang penonton.
“Dia buat lawak, tetapi dia tak gelak langsung. Aku pula yang tertekan.” Kongsi pengguna akui terhibur dengan keletah Izara yang bersahaja.
Baca juga: Buang nama bin/binti anak masa daftar, rupanya dah ramai orang buat