Buang nama bin/binti anak masa daftar, rupanya dah ramai orang buat

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ramai pernah mengalami masalah salah letak nama masa isi tiket penerbangan hingga terpaksa bayar lebih untuk membuat penukaran.

Disebabkan itu, banyak ibu bapa muda memilih untuk tidak meletakkan bin/binti pada nama anak mereka semasa membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pelik dengan isu ini, seorang pengguna Twitter tampil mempersoal apakah kelebihan membuang bin/binti.

Kebanyakan mereka memaklumkan ia adalah untuk memudahkan urusan untuk ke luar negara.

Tiada isu mengenai status agama kerana sudah tertulis di surat beranak dan kad pengenalan mengenainya.

Tetapi ia bukanlah satu proses yang senang malah anda perlu alasan kukuh untuk membuang bin/binti.

Tambahan pula zaman sekarang nama anak terlalu unik dan berciri barat hingga tidak dapat membezakan pemilik nama tersebut adalah lelaki atau wanita.

Baca juga: Tak puas hati dengan rumah baru, wanita pukul dan ugut bunuh suami guna pisau