Jaafar Onn kini berada di zon kritikal di Hospital Serdang, 3 kali buang air besar berdarah

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn kini dilaporkan berada di zon kritikal di unit kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang).

Menurut anak angkat Jaafar yang dikenali sebagai Hanif Hashim, pelakon berkenaan dikejarkan hospital setelah dikesan membuang air besar berdarah pada malam Isnin.

Hanif turut memaklumkan tekanan darah dan bacaan jumlah hemoglobin (sel darah merah) milik Jaafar juga didapati telah berada pada paras yang rendah, lapor Mstar.

Baca Artikel Penuh