Jalin hubungan tidak sah, seorang wanita diarah bayar RM2.5 juta kepada isteri kekasihnya

Oleh NASUHA RAHMAN

Akibat menjalinkan hubungan tidak sah di sisi undang-undang seorang wanita diarah membayar RM RM2.5 juta kepada isteri kekasihnya.

Mengikut undang-undang di negara China mana-mana pihak dalam perkahwinan tidak dibenarkan membelanjakan harta bersama pasangan tanpa persetujuan mereka.

Mahkamah China baru-baru ini mengeluarkan keputusan kontroversi apabila memerintahkan seorang wanita membayar 3.79 juta yuan (kira-kira RM2.5 juta) kepada isteri kekasih gelapnya kerana menjadi orang ketiga dan menjalin hubungan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Jalin hubungan tidak sah, wanita diarah bayar RM2.5 juta kepada isteri kekasihnya

Menurut Oddity Central dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rakyat Zhuanghe di Liaoning, timur laut China, plaintif, seorang wanita bernama Li sudah berumah tangga dengan suaminya, Wang sejak 1991.

Bagaimanapun, pada 2008, Wang menjalin hubungan sulit dengan wanita lain, yang dikenali dengan nama samaran Xiaoxia.

Bagaimanapun Li mengetahui hubungan sulit Wang selepas mendapati suaminya kerap mengirimkan sejumlah wang kepada Xiaoxia.

Baca Artikel Penuh