Jana Wibawa: Muhyiddin sahkan dipanggil SPRM

Oleh MALAYSIADATELINE

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai projek Jana Wibawa. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan. 

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata SPRM memaklumkan beliau dipanggil bagi memberikan keterangan, dan bukan sebagai suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan. 

“Jana Wibawa adalah projek yang diusahakan pihak Kementerian Kewangan (MOF) yang dicadangkan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Tengku Zafrul, untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa COVID-19, yang kalau tidak dibantu sebahagian besar akan gulung tikar.

“Cadangan itu dibawa ke Kabinet dan luluskan. Kita laksanakan dengan meminta Persatuan Pemborong Bumiputera untuk mengemukakan nama-nama kontraktor berwibawa yang diluluskan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Blood Donation Drive Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf di sini, hari ini. 

Katanya peraturan itu ditetapkan oleh Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu untuk memilih, atau kementerian yang terlibat dengan projek-projek tadi untuk memberi pertimbangan, menilai sama ada yang mohon itu layak atau tidak

Baca Artikel Penuh