“Jangan ajari seorang isteri sabar”, Irma Hasmie beri bayangan rumah tangga bermasalah?

Oleh WAN SITI AMINAH

Sekian lama menyepi, nama Irma Hasmie kembali menjadi sebutan setelah pelakon tersebut memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Mengejutkan ramai, postingan pelakon yang terkenal menerusi filem Cinta Fotokopi itu telah mengundang perbincangan hangat di kalangan peminat.

Mana tidaknya, Irma Hasmie bagai memberi bayangan bahawa rumah tangganya kini sedang berada di dalam masalah.

Berkongsi gambar hitam putih memaparkan dirinya, Irma turut menyertakan kata-kata yang menyayat hati bagi sesiapa yang membacanya.

Walaupun tidak menulis keterangan lanjut, ungkapan pilu tersebut bagai ditujukan kepada suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan.

“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah,” tulisnya.

Khuatir dengan keadaan terkini pelakon yang berusia 41 itu, para peminat mula membanjiri ruangan komen untuk memberi kata-kata semangat.

Tidak ingin menjawab spekulasi, Irma hanya membalas komen peminat dengan permohonan maaf dan meminta agar dirinya didoakan.

“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri.” Katanya.

Hantaran Irma Hasmie yang mengundang spekulasi

Terdahulu, Irma mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan yang berusia 42 tahun itu pada bulan Jun 2012 lalu.

Mereka berdua mula berkenalan ketika dipertemukan Tuhan di kota suci Mekah, Arab Saudi ketika mengerjakan umrah.

Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Baca juga: Gelaran Nik banyak diguna di Kelantan, ini asal usul yang ramai tak tahu