Sudah banyak kes kemalangan membabitkan penghantar makanan yang melanggar lampu merah untuk cepat hantar makanan kepada pembeli.
Ini bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah buat pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi Facebook, Agent Ren, dia memuat naik tangkap layar perbualan bersama penghantar makanan.
“Hati-hati bawa motor, jangan langgap lampu merah ya. Nanti saya bagi tip,” ujar pengguna Facebook tersebut.
Tambahnya dia memberikan nasihat tersebut kepada semua penghantar makanan tanpa mengira bangsa dan agama.
Pemuda tersbeut juga sering melihat banyak penghantar makanan jatuh depan mata dan tak kira lagi yang bawa laju macam pelesit
“Aku ni pun bukan kaya nak bagi tips banyak. Makanan aku lambat tak apa, janji rider selamat.
“Kepada rider ingatlah rezeki itu luas dan pasti, jangan terkejar-kejar laju benda yang tak pasti. Ingatlah orang yang tersayang,” tambahnya.
Baca juga: Baru 8 bulan kahwin, suami kantoi buat servis seks ‘online’