Jep Sepahtu buat kejutan lagi, rupanya ini sebab tak hadir ke majlis kahwin Shuib

Oleh KIM SYAZIE

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu membuat satu pendedahan menerusi satu siaran langsung di akaun TikToknya, baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang beredar, Jep akhirnya menjawab spekulasi mengenai ketidakhadirannya di majlis perkahwinan rakan seperjuangannya, Shuib.

Umum mengetahui, Jep dan Shuib sudah mula bersahabat baik sebelum sama-sama bertanding dalam pentas komedi sebagai kumpulan Sepahtu.

Namun, hubungan mereka mulai keruh apabila dihimpit kontroversi mengenai penarikan diri Shuib dari program Sepahtu Reunion Live (SRL).

Desas desus mengenai keretakan hubungan mereka dikuatkan pula dengan ketiadaan Jep di hari yang paling bahagia buat Shuib itu.

Tanpa basa basi, Jep berterus terang bahawa dirinya sebenarnya tidak dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Kenyataan tersebut disampaikan Jep Sepahtu dalam satu siaran langsung yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok.

Rakaman dimulakan apabila Jep menerima soalan daripada peminat yang berbunyi “Jep kenapa tak pergi Shuib kahwin?”.

“Ohh, saya tidak dijemput,” jawab pelawak yang berusia 38 tahun itu dengan ringkas.

Bersikap jujur, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton menghormati cara pelawak itu menjawab soalan.

“Jep ini bagus, dia tak pusing-pusing cerita. Dia tegak jawab benda yang betul. Tak susun ayat, bom sekali orang terus faham,” kata seorang penonton.

“Soalan yang viral minggu ini sudah di jawab. Jangan tanya-tanya lagi. Kalau tanya lagi, itu bukan soalan. Tapi cemburu.” Celoteh peminat lain.

Baca juga: Founder Misi henti kumpul dana, bakal pulangkan duit pada penyumbang lepas jadi sasaran BNM?