Jet pejuang F-16 terhempas semasa raptai pertunjukan udara

Oleh ROSLAN ZAMAN

Jet pejuang F-16 terhempas dalam keadaan tragis apabila juruterbangnya gagal mengawal ketika melakukan latihan pertunjukan udara di sebuah lapangan terbang di Poland.

Akhbar The Sun UK melaporkan juruterbang yang mengendalikan jet itu maut di tempat kejadian.

Kejadian dirakam sekitar pukul 5.30 petang (waktu Britain) di Lapangan Terbang Radom, kira-kira 99.77 kilometer ke selatan Warsaw. 

DI platform X, rakaman video yang dimuatnaik menunjukkan penonton yang menyaksikan nahas itu menjerit dan berlari cemas melihat pesawat F-16 itu tiba-tiba menjunam selepas membuat pusingan di udara. 

Jet F-16 itu dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Taktikal ke-31 dekat Poznan. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas.