Jika ini berlaku masa PH, nescaya tunggang terbaliklah dunia

Oleh BORHAN AHMAD

AMANAH yakin, jika lah jenama arak baharu yang diperkenalkan bernama “Timah” sekarang ini berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu, nescaya tunggang terbaliklah dunia.

Tetapi, kata Pengarah Komunikais AMANAH, Khalid Samad,  ia berlaku ketika kerajaan Melayu Islam memerintah, maka tidak ada apa-apa berlaku dan boleh dibanggakan oleh penyokong mereka.

“Orang dok perli, ada air baru atas jenama Melayu, Timah.

“Ini bukan biji timah tetapi air arak yang jenamanya Timah.

“Ini kerajaan Melayu Islam jadi bolehlah ia dibanggakan.

“Saya tak tahulah jika mereka rasa bangga dengannya tetapi pada zaman kerajaan Melayu Islam ini keluar air bernama Timah.

Baca Artikel Penuh