Tiada siapa yang berkahwin dengan niat akan bercerai satu hari nanti, tapi kalau sudah tertulis jodoh tak panjang maka perpisahan adalah jalan terakhir.
Berkahwin pada tahun 2022 dengan penerbit eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, penyanyi dangdut Mas Idayu disahkan sudah bercerai 4 Mac lepas.
Penceraian tersebut disahkan sendiri oleh bekas suaminya Muhammad Sufian lapor Kosmo! Online.
“Ya, kami sudah bercerai cara baik pada 4 Mac 2025 di Mahkamah Syariah Syah Alam.
“Tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Kami bercerai secara baik dan hubungan saya dengan bekas isteri (Mas Idayu) tetap baik,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam masa sama, Sufian memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mas Idayu dalam mana-mana acara.
“Industri ini kecil sahaja. Saya dan dia pasti bertemu di mana-mana acara. Tiada guna berdendam antara satu sama lain. Saya okey kalau perlu bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek.
“Anggap sahaja antara kami jodohnya tidak panjang. Saya mendoakan yang terbaik buat Mas Idayu dan mengharapkan dia mendoakan yang sama buat saya,” ujarnya.
Menjawab persoalan Utusan Malaysia yang melaporkan mereka tidak tinggal sebumbung, Muhammad Sufian menjelaskan kedua mereka ada rumah masing-masing.
“Tentang tak duduk sebumbung. Begini, saya ada rumah di Rawang dan Mas Idayu juga ada rumahnya sendiri di ibu kota.
“Adakalanya (ketika masih suami isteri), saya pulang ke rumah saya dan dia pulang ke rumahnya. Itu sahaja dan tiada apa perlu dikecohkan,” katanya.
Baca juga: Zizan Razak sedekah bayaran jadi tetamu forum di Terengganu kepada pertubuhan kebajikan