Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor penting dalam menamatkan keangkuhan Umno-BN.
Ahli Parlimen Muar tersebut berkata, PRN yang akan menentukan kebangkitan rakyat ini tidak mustahil akan mengulangi kejayaan pembangkang menumbangkan Umno-BN.
“Jangan biarkan politik keangkuhan dan politik domino ini berterusan.
“Johor patut dijadikan titik penentu kepada kebangkitan rakyat untuk melawan keboboran dan keangkuhan Umno-BN.
“Selagi kita tidak letak titik noktah di Johor selagi itu keangkuhan (Umno) berterusan,” katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Jentera PH dan Muda sebentar tadi.
LANJUT MENYUSUL