‘Jokowi’ jual makanan tepi jalan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang lelaki hari ini menjadi perhatian warganet apabila mukanya seiras dengan bekas Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi.

Lelaki itu yang jual penjual makanan tradisional yang dikenali sebagai Cilok, iaitu makan yang dibuat dari tepung kanji.

Video penjual itu dimuatnaik oleh pemilik akaun TikTok @dinardewantari itu menunjukkan ‘kembar’ Jokowi itu sedang berniaga di hadapan Sekolah Rendah (SD) Islam Annajah di Jakarta. 

Rata-rata reaksi nitizen mendoakan jualan lelaki itu laris dengan mengambil tuah muka pemimpin agong mereka.

Malah ada yang menganggap ini adalah kembar betul dari keluarga Jokowi.

baca: Anwar Jokowi