Kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Pustaka Tun Uda akan menganjurkan Pesta Buku Selangor yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) mulai 2 hingga 12 Disember ini.
Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor itu bermula jam 10 pagi hingga 9 malam manakala pada Jumaat dan Sabtu dilanjutkan hingga jam 10 malam.
“Jualan buku, diskaun menarik dan pelbagai aktiviti akan berlangsung di sana nanti.
“Anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari,” kata satu kenyataan di Facebook PPAS hari ini.
Majlis Perasmian Program Pesta Buku Selangor 2021 ini akan diadakan hari ini 4 Disember 2021 (Sabtu) jam 2.30 petang di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convention Center).
Ia akan disempurnakan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.