Jual burger harga RM2, penjual akui ada untung walaupun sedikit, anggap kongsi rezeki dengan pelanggan

Oleh MAISARAH AISYA

Dalam keadaan ekonomi sekarang, masih ada penjual yang tidak mengambil keuntungan banyak demi berkongsi rezeki dengan orang lain.

Menerusi laman X, seorang pengguna berkongsi video Foodie mengenai penjual burger yang hanya meletakkan harga serendah RM2 untuk sebiji burger daging atau ayam.

“Ini betul berniaga sambil bersedekah. Burger biasa RM2 sahaja. Kalau special RM3.50 sahaja.

“Murah sangat! Semoga terus dilimpahkan rezeki!” ujar pengguna X, @ricxxxkiddo.

Dalam video tersebut penjual tersebut memaklumkan dia menjual pada harga murah agar orang ramai boleh menikmati dan pada masa sama berkongsi rezeki.

Saya jual murah untuk kongsi rezeki, ada untung walaupun sedikit. Saya anggap akalu saya senangkan orang benda sama akan berbalik kepada saya.

Selain daripada meniaga ni saya juga bela kucing, keuntungan menjual ni saya akan beli makanan untuk kucing jalanan,” ujarnya dalam video bersama Foodie.

Pada sama dia berkongsi harga untuk burger spesial adalah RM3.50 manakala untuk dua patti daging spesial adalah RM5.

Gerai yang dinamakan Red Burger itu difahamkan terletak di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi.

Rata-rata netizen terkejut akan harga tersebut apatah lagi menggunakan daging jenama Ramly yang diketahui mahal.

“Pakai daging Ramly kot, tempat aku guna daging murah keras, jual RM4.

“Atau pun ni memang harga sebenar jual burger dan masih beri dia keuntungan. Kedai lain sahaja yang naik harga sampai RM8 sebab nak untung,” antara komen netizen.

Baca juga: “Dalam masa 2 jam boleh ‘settle’ 1,500 biji” – Tukang masak kongsi cara senang rebus, kupas telur