Jumpa banyak beg kecil masa kemas rumah mentua, lelaki tak sangka isi dalamnya…

Oleh KIM SYAZIE

Bagai bulan jatuh ke riba, sebuah keluarga tidak menyangka niat mereka membersihkan rumah membawa kepada penemuan ‘harta karun’.

John Reyes membersihkan rumah bapa mentua di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menemukan beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling (penny).

Menurut BERNAMA-UPI, beg berkenaan tertutup rapi dan masih belum dibuka. John malah dihubungi pengumpul syiling yang mahu membeli duit tersebut.

“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul syiling atau mereka yang pakar dalam bidang ini dan berdasarkan beberapa soalan yang diajukan kepada saya.

“Seperti mempunyai beg tersegel dengan timah atau beg dari bank yang tidak dikenali, mengetahui bahawa syiling-syiling ini sekurang-kurangnya berusia 40 tahun atau lebih.

“Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa pengumpul yang memberitahu saya bahawa ia tidak sepatutnya dijual sehingga kita tahu apa yang sedang berlaku,” United Press International (UPI) memetik kenyataan Reyes ketika ditemubual FOX 11.

Menurut New York Post, keluarga terbabit mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada kuprum dan bukan zink.

Reyes telah menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di OfferUp, sebuah laman sesawang jual beli, dengan harga AS$25,000 (RM115,350).

“Nilainya terletak pada keunikan,” katanya.

Baca juga: Habiskan masa 6 jam sehari dalam tandas, lelaki dipecat majikan