Jutawan dedah diet gila makan 80 pil setiap hari untuk hidup selamanya, “saya tak rancang untuk mati”

Oleh KIM SYAZIE

Seorang jutawan sanggup menghabiskan kira-kira RM9 juta setahun untuk memastikan dia kekal hidup buat selamanya dan kelihatan muda seperti remaja berusia 18 tahun.

Lelaki dikenali sebagai Bryan Johnson, 45, mendedahkan dia kini mengamalkan diet gila dengan mengambil 80 biji pil vitamin serta mineral setiap sehari.

“Saya tak merancang untuk mati, saya mahu kekal hidup,” kata Bryan memetik laporan The MirrorBryan turut mendedahkan bahawa dia akan mengambil puri sayur dan akan tidur seawal 8.30 malam setiap hari.

Bukan itu sahaja, Bryan dikatakan turut membelanjakan wang sebanyak AS$2 juta (RM9.15 juta) setahun untuk membayar segala kos diet serta pakar untuk memantau organnya menerusi satu projek bernama ‘Project Blueprint’ yang diusahakannya.

Bulan lalu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun mendermakan darahnya kepada Bryan.

Idea di sebalik rawatan sukarela itu hadir selepas tikus yang lebih tua menunjukkan tanda-tanda menjadi lebih panjang umur apabila dimasukkan darah tikus yang lebih muda semasa eksperimen.

Baca juga: Pelawak jadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka, kerajaan Singapura mohon maaf