Jutawan mengamuk keluarkan semua duit simpanan sebab tak puas hati pegawai bank layan buruk

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki di China meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang pegawai keselamatan yang bekerja di sebuah bank di negara itu.

Walaupun begitu dia tidak menyatakan apa yang sudah berlaku.

Namun pihak bank berkata lelaki itu berasa marah selepas diminta untuk memakai pelitup muka.

Atas sebab itu lelaki berkenaan telah mengeluarkan semua wang simpanannya dan mengarahkan pihak bank mengira semua wang tersebut satu demi satu selepas berang dengan pegawai keselamatan di bank itu.

Lelaki itu telah mengeluarkan wang kertas sebanyak 5 juta Yuan (kira-kira £566,000) daripada cawangan bank tersebut, lapor Weibo.

Jumlah tersebut merupakan jumlah maksimum wang tunai yang boleh dikeluarkan, tetapi jutawan tersebut merancang untuk datang ke bank tersebut setiap hari sehingga wang simpanannya habis dikeluarkan.

Jutawan tersebut menuduh kakitangan bank itu mempunyai perlakuan yang tidak bagus dalam layanan yang diberikan sambil bermegah-megah dengan wang yang ada dalam akaunnya.

“Adalah perlu untuk saya meminta pihaknya mengira wang itu satu demi satu jika ianya kurang,” jelas jutawan itu.

Imej jutawan tersebut yang memuatkan wang tunai bernilai 100 Yuan dalam satu beg dan membawa beg ke kereta mewahnya telah tular di media sosial di China dan jumlah pengikutnya di dalam talian semakin meningkat kepada 1.7 juta.

“Pelanggan mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan,” tambah pihak bank.

Jelasnya lagi, jutawan itu hanya berasa berang selepas pegawai keselamatan itu menyuruhnya memakai pelitup muka sahaja dan masih tidak jelas adakah lelaki itu akan kembali untuk mengeluarkan baki wangnya di bank itu.

Baca juga: Penumpang buat hal dalam kapal terbang, MH122 terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Sydney