Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak 1

Oleh MALAYSIADATELINE

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan perpisahan pelakon Uqasha Senrose dengan suaminya yang juga pelakon Kamal Adli, selepas lafaz cerai talak satu dibuat di hadapan hakim.

Lafaz cerai tersebut dibuat oleh Kamal Adlipada jam 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd. Ali.

Ini sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan yang didirikan pada 4 November 2021 lapor Astro Gempak.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dikemukakan oleh Uqasha mengikut peruntukan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebelum ini media melaporkan pasangan berkenaan melalui beberapa peringkat prosiding termasuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hakam islah.

Namun usaha mendamaikan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan berikutan wujud pertikaian antara mereka.

Uqasha sebelum ini memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Baca juga: Chazynash tak jadi tarik balik muta’ah, mohon henti kecaman terhadap diri dan bekas isteri