Tular sebelum ini mengenai penemuan kereta Proton Waja milik yang ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Kedah.
Bagaimanapun mangsa pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom tidak ditemui di tempat kejadian menyebabkan anak-anaknya membuat keputusan untuk buat laporan polis.
Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak Sabari dikatakan membelanjakan RM16k untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis lapor Harian Mtero.
Satu sumber memaklumkan suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.
Jelasnya, suspek tersebut juga didapati mempunyai masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.
“Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.
“Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.
“Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu,.
Mereka dikatakan tidak menyedari bahawa polis sudah berjaya mengenal pasti identiti mereka.
Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam (Rabu), selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.
Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.
Baca juga: Anak harap bapa ada pusara macam orang lain, ini kronologi kehilangan Sabari Baharom