Kekasih Ameera Khan mengaku makan daging khinzir

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pengakuan jujur kekasih adik kepada Neelofa, Ameera Khan membuatkan ramai terkejut besar apabila mengaku makan daging babi untuk menaikkan berat badannya.

Dalam video podcast yang viral itu, Jefri Nicholas yang juga mengaku seorang muslim tanpa segan silu mengaku makan daging babi itu sebagai persedian menentang El Rumi di pentas gusti.

Sebelum ini video Jefri memasak daging pernah tular di media sosial apabila netizen Indonesia berbalah ketika ada yang mengesyaki Jefri Nichol memotong daging mirip daging babi di dapurnya.

Hos dalam podcast tersebut memberanikan diri bertanya kepada Nichol sama ada Jefri Nichol memakan daging babi atau tidak.

“Untuk menaikan berat badan, saya memakan daging, ya termasuk beberapa daging babi juga,”  kata Jefri

Hos pun agak serba salah dan segera mahukan kepastian sama ada Jefri Nichol seorang yang beragama Islam.

Dia segera menyambung: “Saya juga seorang muslim.”

Selepas episod podcast itu ditularkan kembali, ramai netizen tertanya-tanya bagaimana selebriti itu tergamak memakan daging babi sedangkan dia beragama islam.

baca: Neelofa ameera khan