Kelewatan agihan bantuan banjir Selangor: Fahami penjelasan MB

Oleh ARIF ATAN

Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari memohon maaf kepada mangsa banjir di negeri itu kerana kelewatan bantuan banjir di bawah Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Kelewatan itu katanya disebabkan terlalu banyak pemohonan. Misalnya, di daerah Klang sahaja mencecah 70,000 permohonan.

Selain itu, berlaku permohoonan lebih daripada sekali. Maksudnya ada mangsa yang mengambil kesempatan untuk mendapat bantuan lebih daripada diperuntukkan. Ini memerlukan pemutihan dilakukan bagi memastikan bantuan itu tidak diselewengkan.

Semua pihak perlu faham dan mengerti kenapa kelewatan itu berlaku. Tidak timbul kerajaan Selangor tidak mempunyai kewangan mencukupi, tetapi masalahnya kerana proses dan sikap pemohon sendiri.

Itulah dalam keadaan cermas pun masih ada mereka tidak bertanggungjawab menganggu proses itu yang kesannya terkena kepada orang lain yang ikhlas dan jujur.

Kenapa perlu membuat permohonan lebih daripada sekali? Atau pun mungkin kerana prosedur disediakan tidak kemas sehingga berlaku dua atau tiga kali permohonan bagi seseorang mangsa.

Kelewatan bantuan itu bukan sahaja kerana kelengahan kerajaan tetapi sediki sebanyak disebabkan sikap pemohon itu sendiri.

Hal-hal sedemikian sepatutnya idak berlaku, kerana dalam ramai-ramai mangsa itu ada yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan segera.

Penjelasan Amiruddin itu hendaklah difahami dan tidak disengajakan cari alasan untuk menempelak kerajaan Selangor.