Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di Lembah Klang, Sarawak bertambah

Oleh ARIF ATAN

Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di Lembah Klang dan Sarawak menunjukkan peningkatan dalam tempoh tujuh hari lalu.

Dalam tempoh sama, penggunaan katil di hospital adalah pada tahap 67 peratus.

Selangor menunjukkan pertambahan kemasukan ke hospital sebanyak 23 peratus, diikuti Sarawak (16 peratus), Kuala Lumpur (12 peratus) dan Putrajaya (lima peratus).

Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin, berkata ia adalah antara petunjuk penting yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Melalui Twitternya, Khairy turut memuat naik data daripada COVIDNOW, yang menunjukkan trend berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia.

“Analisis dan pemerhatian kita akan ditingkatkan,” katanya.

Baca Artikel Penuh