Kenali 4 Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, latar belakang bukan biasa-biasa!

Oleh MALAYSIADATELINE

Konflik Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran telah mengakibatkan dampak besar terutama kepada ekonomi dunia melalui gangguan logistik serta bekalan bahan api secara global.

Ekonomi Malaysia juga sudah tentunya tidak terkecuali daripada cabaran dialami dunia susulan lonjakan harga minyak mentah global yang kini sudah melepasi paras USD100 setong.

Namun siapa sangka, Malaysia juga dinamakan sebagai salah satu negara Asia yang ‘kebal’ serta dijangka dapat bertahan daripada krisis tenaga global selain China selaku kuasa ekonomi kedua terbesar dunia.

Perkara itu diakui oleh Ketua JP Morgan bagi Asia, Rajiv Batra yang memaklumkan bahawa Malaysia memiliki struktur ekonomi kukuh didorong status pengeksport tenaga bersih dan defisit fiskal terkawal.

Pendedahan tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai ‘watak’ di sebalik kepimpinan kerajaan yang membantu memberi nasihat berkaitan pembangunan negara serta daya tahan ekonomi.

Selepas berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri pada April tahun sama.

Jawatankuasa dianggotai oleh empat tokoh ternama ini dipengerusikan bekas Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican yang sebelum ini turut mengetuai jawatankuasa ACFIN.

Manakala keahlian jawatankuasa pula terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Berikut adalah latar belakang anggota jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri berdasarkan infografik yang disediakan oleh Ekonomi Rakyat.

Baca juga: Pengurus mayat bawa keranda ke stesen minyak, tunjuk bukti perlu diesel bakar jasad