Kerajaan akan pastikan infrastruktur di Sabah dan Sarawak bersempadan Kalimantan bernilai strategik

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan komited memastikan insfrastruktur yang dibina di Sabah dan Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia, bernilai strategik bagi menarik minat pelabur, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ia adalah susulan Nusantara yang terletak di Kalimantan akan menjadi ibu negara baharu Indonesia.

Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti beberapa inisiatif untuk meningkatkan ketersambungan infrastruktur dan memperkukuhkan keselamatan sempadan dan maritim.

“Negeri Sabah telah diluluskan peruntukan pembangunan asas sebanyak hampir RM5.68 bilion pada  2022 bagi pelaksanaan sejumlah 1,142 projek di bawah pelbagai kementerian.

“Harapan kita ialah dengan adanya infrastruktur ini, ia akan mula menarik peniaga dan orang ramai supaya menggunakan ketersambungan insfrastruktur di kedua-dua negara, (Malaysia dan Indonesia),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mejawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) yang ingin tahu cabaran yang bakal dihadapi dalam merealisasi rancangan strategik yang dirangka serta pelan tindakan awal bagi menangani cabaran tersebut.

Baca Artikel Penuh