Kerajaan harus fokus bantu rakyat bukannya utamakan PRN atau PRU tatkala ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerajaan seharusnya memberi fokus terhadap masalah ekonomi yang sedang dihadapi rakyat tatkala ini dan bukannya menumpukan perhatian terhadap pilihan raya negeri (PRN) maupun pilihan raya umum sebagamana yang hangat diperkatakan ketika ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat, Dato Abdul Halim Hussain, dakwaan bahawa pembubaran Dun Johor bagi membolehkan PRN Johor diadakan adalah ekoran kemenangan yang telah dicapai semasa PRN Melaka dan juga Sarawak sebelum ini.

“BN dilihat cuba membentuk kerajaan yang kuat dan sedang mengejar jawatan dan kuasa bagi memerintah dan menjadi kerajaan yang dominan, sedangkan pada hakikatnya kini rakyat mengharapkan sokongan kerajaan bagi memulihkan ekonomi yang semakin sukar ketika
ini.

“Sekiranya pilihan raya benar-benar diadakan dalam waktu terdekat, ia sebetulnya bukanlah masa yang sesuai kerana tindakan tersebut dapat disimpulkan sebagai tidak bertanggung jawab dan akan menimbulkan kemarahan rakyat.

“Kerajaan BN disarankan supaya memberi fokus dalam usaha membantu rakyat memulihkan ekonom mereka serta perlu segera hentikan permainan politik,” ujar beliau yang juga
merupakan Adun. Batu. Maung.

Tambahnya, PRN atau PRU tatkala ini hanya akan merugikan dan perkara utama yang harus diselesaikan adalah membantu rakyat dan ketepikan fahaman politik demi kepentingan rakyat.

Ketika ini Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan PRN Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Pengerusi Umno Johor memberi jaminan PRN tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri jika dilaksanakan tidak lama lagi.