Kerap ambil steroid punca bercerai, bekas suami siap ‘angkat tangan’ bila ditolak ajakan bersama

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila sudah berkahwin, tidak kiralah lelaki atau perempuan tak perlu memaksa pasangan untuk melakukan hubungan intim secara kerap.

Apatah lagi memaksa untuk memenuhkan nafsu selepas mengambil ubatan terlarang yang tidak diiktiraf.

Seorang wanita berkongsi bagaimana pengambilan steroid oleh bekas suami menjadi punca utama penceraian mereka.

Bukan hanya steroid malah ubatan lain berunsur kuat nafsu yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

DIa turut memaklumkan bahawa bekas suami pernah meminta untuk melakukan hubungan seks empat ke lima ali dalam sehari.

Apabila dia menolak sehingga menangis di hadapan lelaki tersebut, balasan yang dia dapat adalah pukulan

“Bila aku memang betul-betul tak nak dia paksa aku, aku sampai menangis, bila aku tak bagi nanti dia akan naik tangan.

“Dia sepak aku, terajang aku sampai nyawa-nyawa ikan,” ujarnya.

@thorx.hq

Akibat penggunaan steroid dan ubat tanpa kelulusan KKM untuk lelaki. Klik bio untuk go natural #ThorX #natural #ingredients #SelamatkanRumahTangga #GangTakTakutBini #fyp #suami #isteri #steroid

♬ Sad Music – Max-Music

Wanita tersebut memahami adalah tanggungjawab isteri untk memenuhi keperluan batin namun tidak perlu mengambil ubatan yang akhirnya akan menyeksa pasangan.

Seorang pengguna TikTok bersimpati dengan wanita terbabit dan tidak setuju dengan paksaan dalam melakukan hubungan seks.

“Benda macam ini tak boleh paksa-paksa sampai naik tangan, kaki. Itu dah jadi kes lain, dah macam rogol isteri sendiri. Apa-apa kena faham satu sama lain, bukan paksaan,” komen pengguna tersebut.

Baca juga: Gara-gara bagi kawan pinjam slip gaji beli telefon baru, wanita mati kutu hari-hari dikejar bank minta hutang