Tragedi enam sekeluarga yang maut apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Korok meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh negara.
Namun di sebalik kesedihan, tragedi ini turut membuka ruang kesedaran apa yang sebenarnya perlu dilakukan jika berdepan situasi cemas seperti itu?
Menerusi hantaran di Facebook, Public Health Malaysia berkongsi beberapa langkah penting yang boleh menyelamatkan nyawa jika kenderaan terjunam ke dalam sungai.
“Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita boleh belajar untuk bersedia jika berdepan situasi cemas seperti ini,” tulis laman itu.
Berikut adalah panduan yang patut diingati:
1. Jangan panik.
“Panik hanya melambatkan reaksi. Fokuskan diri untuk keluar.”
2. Cabut tali pinggang keselamatan.
Langkah pertama yang wajib dibuat sejurus kereta terjunam.
3. Jangan buka pintu.
“Tekanan air di luar terlalu kuat, pintu hampir mustahil dibuka.”
4. Turunkan tingkap segera.
Dalam masa 30–60 saat pertama, sistem elektronik kereta masih berfungsi.
5. Keluar ikut tingkap.
“Tolak diri keluar secepat mungkin.”
6. Jika tingkap tak boleh diturunkan, pecahkan!
“Gunakan alat pemecah tingkap, kepala penyandar, atau apa sahaja objek keras yang ada.”
Dan yang paling penting, ingat urutan ini: Tali pinggang – Tingkap – Keluar.
Public Health Malaysia turut menasihati orang ramai agar menyimpan alat kecemasan seperti pemecah tingkap dan pemotong tali pinggang dalam kereta, dan pastikan ia berada di tempat mudah capai “bukan dalam bonet kereta”.
Baca juga: Demi cucu atuk bawa pulang ‘satu kandang’ unta, gelagat jemaah balik haji mencuit hati