“Kerjalah wahai manusia” – Netizen bidas individu nak BSH RM6,000 sebulan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular mengenai luahan individu yang mengharapkan kerajaan Malaysia dapat memberi bantuan sebanyak RM6,000 sebulan untuk orang miskin.

Individu bergelar hapus Miskin membuat luahan pembaca di portal Kosmo mengenai cara membasmi kemiskinan tegar.

Dia mencadangkan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menggantikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara beransur-ansur kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bulanan.

Lebih mengejutkan dia mencadangkan agar isi rumah diberi BSH sebanyak RM6,000 manakala bujang (18 tahun dan ke atas) pula RM2,700.

Tidak cukup itu, individu tersebut mencadangkan warga emas tanpa pasangan diberi RM4,000 dan individu di bawah 18 tahun RM700.

Dapat dilihat individu tersebut secara senang mahu mendapatkan wang tanpa berusaha sedangkan ramai yang korban masa untuk mendapatkan duit bagu menyara keluarga.

Apa alasan untuk mereka di usia atas 18 tahun tidak mencari kerja sendiri untuk tampung hidup dan apa signifikasi untuk memberikan sebanyak RM700 untuk mereka di bawah 18 tahun.

Rata-rata netizen turut berang dengan luahan pembaca tersebut yang dilihat tidak menghargai usaha kerajaan menyediakn peluang pekerjaan.

“Kahkahkah. Baik aku tak perlu pergi kerja kalau bantuan bujang saja RM2700. Buat grab saja untuk tambah duit, senang kerja ikut masa sendiri.

“Wahhh ini aku tak setuju. goyang telur je kat rumah nak bantuan macam ni. Kerjalah wahai manusia. Nak jadi biawak waknat ke hamlau.

“Semua dapat RM6k sebulan. Inflasi makin tinggi. Nak cari nasi berlauk esok pun tak ada sebab makcik jual nasi pun dapat RM6k.

“Entah la bagi aku bantuan ni elok jadikan modal untuk tambah peluang pekerjaan. RM6k ni sekelip mata boleh habis. Bantuan bagi kepada yang betul-betul memerlukan sahaja,” antara komen netizen.

Kalau dapat RM2,700 untuk bujang maka ramai akan berhenti kerja, sebab gaji minimum sahaja baru RM1,500. Baik duduk rumah tunggu kerajaan masukkan duit sahaja.

Tiada langsung ikhtiar untuk perbaiki hidup, semuanya mengharapkan bantuan sahaja hingga tiada sumbangan diri dalam mengubah nasib.

Baca juga: Tawar RM9k untuk pekerja baru di restoran, netizen terlopong lihat gaji lagi tinggi daripada korporat