Kertas Pandora: Anwar tiada masalah kerjasama dengan SPRM

Oleh ARIF ATAN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ‘Pandora Papers’ membabitkan bekas pemimpin negara.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun menggesa pelbagai agensi yang berkaitan dan bertanggungjawab seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, isu Kertas Pandora telah dibangkitkan sejak 2012 tetapi tiada maklum balas mengenai siasatan diterima.

“Saya akan beri kerjasama apa yang ada tambahan yang lebih, tetapi seperti kita tahu satu badan antarabangsa buat, sepatutnya SPRM menyegerakan (siasatan) sebab kes ini bukan baharu.

“(Kertas Pandora) keluar daripada Global Financial Integrity yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan sejak 2012. Bila ditanya baru hendak buka fail (siasatan) itu masalah sedikit.

“Tetapi saya alu-alukan keputusan SPRM untuk siasat. Saya tiada masalah (untuk dipanggil memberi keterangan),” ujarnya.

Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Wisma SP Care dan Majlis Penghargaan Barisan Hadapan di Wisma SP Care, Serendah, Hulu Selangor hari ini.

LANJUT MENYUSUL