‘Khianati pengundi dan rakan, jangan berlakon malaikat sedangkan kamu syaitan!’

Oleh ARIF ATAN

Semasa melancarkan Perikatan Nasional (PN) di Johor kelmarin, Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yaasin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilaporkan berkata, Malaysia menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada apa yang diuar-uarkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Umno.

Mahiaddin yang juga Pengerusi PN juga berkata, bersedia untuk mendedahkannya pada masa yang sesuai.

“Semalam (17 Februari) saya minta laporan untuk disampaikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul… Satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,” kata Mahiaddin seperti dilaporkan.

Mahiaddin ini sudah gila dan tiga suku gamaknya. Tidakkah dia sedar semua masalah kewangan negara yang sedang kita hadapi ini bermula dari dia sendiri?

Sejak 2018, Pakatan Harapan (PH) mentadbir di bawah pimpinan Tun Mahathir, jemaah menteri dan agensi telah berjaya mengurangkan hutang, menutup ketirisan, memperoleh semula wang yang dicuri, disalahguna khususnya melibatkan Najib dan 1MDB.

Bagaimana PH mendapat kembali kapal layar mewah Equanimity yang dirampas Indonesia.

Mahiaddin syaitan ketirisan pembaziran pengundi malaikat
Apa yang Mahiaddin lakukan sebagai Pengerusi MPN?

Segala episod ketirisan, pembaziran dan salah urus kewangan negara kembali semula apabila Mahiaddin mengkhianati undi pengundi yang membuang Umno. Mahiaddin berpakat dengan Umno yang semua orang tahu punca segala masalah negara.

Mahiaddin menjadi Perdana Menteri dengan berpakat dengan Umno menikam rakan-rakan termasuk ketuanya sendiri.

Mahiaddin menawarkan sogokan melalui “scheme of things” kepada Umno, Pas dan lain-lain bagi mendapatkan sokongan.

Hasilnya, pimpinan korup Umno menjadi menteri dan ketua-ketua agensi dan GLC. Pimpinan Pas yang tidak berfungsi dijadikan menteri dan duta khas menyapu gaji buta puluhan ribu setiap bulan.

Kemudian Mahiaddin sendiri dijatuhkan oleh pakatan yang beliau sendiri wujudkan. Kembalinya Umno berkuasa meneruskan scheme of things Mahiaddin hingga Mahiaddin sendiri dilantik sebagai Pengerusi MPN sehingga sekarang.

Apa yang Mahiaddin lakukan sebagai Pengerusi MPN?

Semasa pentadbiran Mahiaddin sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan negara kerugian lebih kurang RM620 juta akibat ketirisan dan salah urus yang majoriti daripadanya akibat pengurusan MKN yang diketuai Mahiaddin sendiri.

Yang di-Pertuan Agong sendiri menitahkan tindakan diambil berkaitan kerugian RM620 juta tersebut tetapi apa hasilnya?

Sekarang Mahiaddin kononnya mahu dedahkan keburukan Umno.

Ya, Umno memang buruk dan jahat sebab itu majoriti pengundi mengundi membuang Umno dalam PRU-14 yang lalu.

Tetapi Mahiaddin lebih jahat dan buruk malah zalim kerana khianat kepada pengundi dan rakan-rakan yang sama-sama menjatuhkan Umno.

Mahiaddinlah punca Umno kembali berkuasa. Mahiaddinlah punca negara seperti sekarang. Jangan berlakon malaikat sedangkan kamu syaitan!

Malaysia akan kembali di landasan yang baik dan bersih hanya jika Umno, Pas, Bersatu serta pakatan mereka dinyahkan dari kekuasaan.

Selagi Umno berkuasa, selagi Pas menempek memperdagang agama, selagi Bersatu terus bermuka-muka, negara kita akan terus kebelakang dan ketinggalan.

Mangsanya adalah kita bukannya mereka pimpinan yang kaya raya.

Negara ini negara kita, bangsa kita milik kita, agama kita panduan kita bukan kata-kata mereka.
Selamatkan Malaysia, Makmur Bersama.

Demi Anak Pertiwi