‘King’ Myvi rempuh kedai judi, ramai berebut bertaruh guna nombor plate

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kebiasaannya insiden malang mempunyai petanda tidak bagi masyarakat bukan islam yang bermain dengan nombor ekor.

Lain ceritanya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang apabila seorang wanita tersalah tekan minyak semasa ingin meletak kereta Myvi, menyebabkan kenderaannya terbabas dan merempuh masuk ke dalam sebuah kedai loteri.

Memetik dari portal MSN, kereta wanita tersebut merempuh gril besi kedai loteri sehingga bonet kereta kemek teruk, manakala pasu bunga dan kerusi di hadapan kedai berselerakan.

Nombor Ekor

Namun kesan daripada insiden itu menjadi unik apabila orang ramai mengambil nombor plate kereta ‘king’ Myvi itu sebagai taruhan untuk nombor ekor pada hari itu.

Nombor pendaftaran kereta ‘1166’ itu menjadi rebutan orang ramai yang membeli nombor ekor di premis perjudian itu.

Nombor yang laris bak goreng pisang panas itu akhirnya ‘sold out’ tidak sampai beberapa jam sehinggakan orang yang datang kemudiannya kecewa kerana tidak berjaya membelinya.

Seorang pekerja kedai loteri mendedahkan bahawa ramai pelanggan yang tergesa-gesa ke cawangan lain untuk membeli nombor itu terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana quota telah penuh.

Namun, semasa keputusan nombor pemenang pada hari itu, nombor yang dianggap bertuah itu tidak tersenarai.

Kejadian ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia yang minat dengan nombor ekor akan mencari jalan yang kreatif untuk dijadikan nombor bertuah.

baca: Perodua Myvi dipandu wanita 75 tahun rempuh pasaraya sebelum hilang kawalan