Perodua Myvi dipandu wanita 75 tahun rempuh pasaraya sebelum hilang kawalan

Oleh NASUHA RAHMAN

Kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 75 tahun telah merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung Perak sebelum hilang kawalan.

Kejadian yang berlaku petang semalam itu terjadi ketika kereta dipandu warga emas dari arah sebuah farmasi menghala ke arah stesen minyak Caltex Samudera.

Bagaimanapun wanita terbabit hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengesan kemalangan berkenaan selepas rakaman video tular di media sosial yang dimuat naik di kumpulan Facebook ‘Komuniti Seri Manjung’.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira 3.15 petang itu terjadi pasar raya Sakan Seri Manjung

“Apabila tiba di simpang tiga pasar raya itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh psar raya terbabit, katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Baca Artikel Penuh