Kisah cinta PMX dan Azizah rupanya ada kaitan dengan isteri Mahathir

Oleh ROSLAN ZAMAN

Perseteruan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama tidak dapat disangkal lagi. Walaupun pernah masuk ke era kerajaan bersama pada tahun 2018, namun hubungan itu tidak lama selepas beberapa tahun.

Namun masuk ke era kisah cinta antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah, ramai tak tahu keluarga Tun Hasmah adalah watak penting dalam permulaan bibit cinta PMX dan isteri.

Kisah mereka mempunyai ‘sejarah’ tersendiri yang bakal diceritakan. Bagi isteri masing-masing, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mereka berdua mempunyai kisah yang cukup istimewa.

Tidak ramai yang tahu, kisah istimewa disebalik mereka ialah apabila kakak kepada Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali menjadi orang tengah yang menyatukan Anwar dan Wan Azizah.

Memetik dari majalah keluarga pada edisi 2017, kisah cinta antara Anwar dan Wan Azizah tercetus apabila Anwar sering melawat suami Saleha yang ketika itu dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL).

“Dia (Wan Azizah) ibarat adik kepada saya, tetapi sebenarnya dia lebih rapat dengan kakak saya kerana kakak menjadi orang tengah antara Azizah dan Anwar.

“Anwar sahabat (kepada) kakak, Saleha, dan kerap melawat suami Saleha, abang Zain yang sakit di HBKL. Azizah sebagai seorang doktor di HBKL kerap juga menjaga kakak dan abang Zain.

“Disitulah Anwar telah lihat Azizah dan berkenan dengannya. Kakak dan Osman Awang akhirnya mewakili Anwar pergi meminang Azizah di rumah ibu bapa Azizah.

“Hasil pertemuan di HBKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan,” cerita Siti Hasmah dalam temubual khas bersama majalah Keluarga.

Dalam majalah Keluarga edisi khas Hari Ibu pada tahun 2017 itu, Siti Hasmah turut digandingkan bersama Wan Azizah.

baca: Tak kisah dipanggil ‘duda hot’, Hisyam Hamid nak fokus dengan anak dan ibu sahaja