Ada apa di stesen minyak Salor? 7 tahun tutup tapi masih ramai singgah isi minyak, siap nampak stesen ‘meriah’

Oleh KIM SYAZIE

Stesen minyak Caltex di Pasir Mas Salor dikatakan telah lama ditutup kira-kira tujuh tahun lalu, namun ia kembali tular selepas hari raya haji yang lalu berikutan ramai mendakwa stesen minyak itu beroperasi seperti biasa.B

Di bahagian belakang stesen minyak itu terletaknya kawasan kubur dan di sebelahnya pula ada kedai menjual sate.

Difahamkan mereka yang tidak pernah melalui jalan itu akan melihat stesen minyak ‘meriah’ padahal ia tidak seperti yang digambarkan.

Penduduk setempat menggambarkan stesen minyak tersebut dalam keadaan suram, sunyi dan menyeramkan kerana dipenuhi dengan semak samun serta sampah sarap.

Tetapi apa yang aneh, bagaimana sesetengah pengguna jalan raya boleh melihat stesen minyak itu?

Mereka bukan sekadar lihat dari jauh, bahkan siap isi minyak, singgah ke tandas serta mandi-manda di situ.

Tahun lalu, tular gambar sebuah kereta yang berhenti di stesen minyak terbabit. Kelihatannya seperti sedang mengisi minyak.

Situasi itu disaksikan sendiri oleh pengguna Facebook, Yusal Mastura Yusoff.

“Dekat-dekat Maghrib pun ada juga kereta masuk isi minyak, memang nampak dua, tiga kali dah juga orang parking macam nak isi minyak,” katanya.

Baginya mungkin orang jauh tidak tahu kisah stesen minyak itu, namun orang tempatan sudah lama tahu.

“Takut, aish seriau aje bulu roma,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, ramai memberi komentar terkejut dan seram apabila tidak tahu kisah sebenar stesen minyak tersebut.

“Betul, betul, aku nampak juga bila malam, orang siap masuk berhenti. Pelik betul dia tak nampak ke?” tulis pengguna Facebook.

Baca juga: Nia Ramadhani berjaya ambil hati mentua, mengaku sering tidur sekatil bersama