Nia Ramadhani berjaya ambil hati mentua, mengaku sering tidur sekatil bersama

Oleh WAN SITI AMINAH

Rakyat Malaysia yang meminati drama sinetron daripada negara seberang pasti mengenali pelakon wanita asal Indonesia, iaitu Nia Ramadhani.

Melakonkan watak antagonis dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani adalah antara artis Indonesia yang cukup popular di negara ini.

Sudah jarang tampil di televisyen tempatan, wanita berdarah kacukan itu rupanya sudah bersara daripada dunia lakonan semenjak mendirikan rumah tangga.

Menamatkan zaman bujang pada usia yang muda, Nia menikahi ahli perniagaan yang juga Presiden Pengarah tvOne, Anindra Ardiansyah Bakrie.

Lelaki yang lebih mesra dikenali sebagai Ardi Barkrie itu adalah anak kepada ahli politik dan jutawan terkenal dari Indonesia, Aburizal Bakrie.

Ditakdirkan untuk menjadi menantu kepada golongan elit, Nia mengaku tidak melalui detik yang sukar ketika mengambil hati ibu bapa mentuanya.

Menerima layanan yang sangat baik, wanita yang berusia 33 tahun itu sudah menganggap mentuanya seperti ibu bapa kandungnya sendiri.

Tular di media sosial, pendedahan itu dibuat menerusi satu sesi temu bual yang dimuat naik di laman Youtube milik saluran televisyen seberang, TRANS TV.

Menerusi video tersebut, Nia atau nama penuhnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie juga sempat membongkarkan satu perkara yang mengejutkan.

Tanpa rasa malu, Nia mendedahkan bahawa dirinya sebenarnya sering berkongsi katil dengan kedua mentuanya untuk tidur siang bersama.

“Oleh kerana terlalu rapat dengan mentua, aku sampai selalu tidur siang bertiga bersama mereka. Adakah terlalu aneh?

“Aku rasa dah jadi seperti anak bungsu mereka. Seperti adik kepada Nardi (Ardi Bakrie),” katanya di dalam rakaman tersebut.

Baca juga: “Jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri, aku saman nanti!”, A.Aida sindir Amelia ke?