Kesihatan Malaysia (KKM) wajar menunjukkan bukti statistik kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun sebelum mewajibkan vaksin ke atas mereka.
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, jumlah keseluruhan kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak seusia tersebut sejak Disember 2019 perlu diketahui.
“Bagaimana pecahan kategori 1,2,3,4 dan 5 serta berapa ramai pula yang mengalami ‘morbidity atau Long Covid Syndrome’ dan berapa ramai yang telah meninggal dunia.
“Pfizer menyatakan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia 5 hinga 12 tahun adalah selamat. Manakala Sinovac masih lagi di peringkat kajian klinikal fasa 3 dan Malaysia ‘terpilih’ untuknya.
“Selain itu, ingin juga diketahui berapa peratusan ini berbanding dengan keseluruhan kes Covid-19 sebagai bukti data statistik bagi menentukan keperluan ‘wajib’ untuk dikenakan vaksin Covid-19 ke atas kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Dr Zaidi yang juga merupakan pakar perubatan kanak-kanak menambah, sekiranya data analisa statistik menunjukkan tidak signifikan atau sistem imuniti kanak-kanak mampu melawan Covid-19, maka adalah wajar ianya ditangguhkan.
Katanya, kanak-kanak seusia tersebut kurang terdedah kepada virus Covid-19 dan mewujudkan persekitaran komuniti imuniti di sekolah (rendah) sangat penting bagi melindungi anak-anak ini.
Bahkan beliau berpandangan bahawa kanak-kanak mempunyai kemampuan sistem imuniti yang baik dan sedang berkembang.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik peluang diberikan agar sistem imuniti kanak-kanak melawan virus Covid-19.