Kongsi video seolah-olah pergi umrah sekali, Ruhainies berang diserang netizen, rupanya tengah ‘shooting’

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini pelakon yang terpalit kontroversi Ruhainies berkongsi video bersama Aliff Aziz dan beberapa individu lain seolah-olah mereka mahu umrah bersama-sama.

Jelas terlihat mereka berpakaian serba putih dengan tag biru di leher dan Aliff pula sedang membaca doa.

Maka banyaklah netizen yang berang malah portal berita pula Ibarat mencurah minyak ke dalam api yang membara.

Tidak mahu dipandang negatif lagi, Ruhainies tampil menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada penggambaran.

“Muat naik Instagram Story, tak sampai 15 minit dah tular dekat Facebook, Instagram dan TikTok. Ini menunjukkan betapa buruk mentaliti orang kita, penuh negatif.

“Itu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting) dan ini menunjukkan dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fithnag,” ujarnya di Instagram Story.

Terkejut ada banyak berita palsu tersebar dan geram apabila netizen dilihat mudah terpengaruh.

“Terlalu banyak berita palsu yang mudah media gula-gulakan kepada netizen tanpa ada unsur periksa demi mengejar jumlah pembaca.

“Krew ada di merata tempat dan dengan walkie talkie.Dan semua orang tahu kami sedang dalam penggambaran drama.

“Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah, jaga lisan. Kita dalam bulan Ramadan. Pesan pada diri juga,” tambahnya.

Baca juga: 18 tahun dalam industri, Alif Satar dedah tak pernah pergi ‘after party’ anugerah